Masalah mesin basuh LG keluar alarm/error :
1>PE - kebiasaanya berkait dengan Pressure Sensor rosak ataupun board rosak - perlu tukar Pressure Sensor Baru atau board baru..
2>DE @ DL- Kebiasaanya berkait dengan masalah Door Sensor - boleh diperbaiki dengan bypass sensor..
3>OE - Kebiasaanya berkait dengan hos air keluar sumbat menyebabkan air keluar perlahan ataupun motor penarik air keluar rosak - pastikan tiada benda yang menghalang dari air keluar terus dari mesin basuh atau tukar motor penarik ataupun board baru..
4>IE - kebiasaanya penapis air masuk sumbat atau injap masukan air rosak - perlu servis ataupun tukar baru (jika tekanan air perlahan boleh pasang pump di bekalan air bagi meningkatkan tekanan air)..
5>FE - kebiasaanya injap masukan sudah tidak dapat menghentikan kemasukan air ke dalam mesin basuh - perlu tukar injap masukan..
6>uE - kebiasaanya disebabkan pakaian yang dibasuh tidak balance, kebiasaanya mesin basuh akan berhenti dari rinse atau spin & air akan masuk ke dalam mesin basuh, ini menyebabkan kita sangkakan mesin tidak boleh mengeringkan pakaian. Ia juga disebabkan oleh penyerap gegaran telah lembut - boleh diperbaiki dengan menukar penyerap gegaran atau bypass sensor..
7>LE - kebiasaanya disebabkan oleh penggunaan mesin basuh tanpa henti, ini menyebabkan motor menjadi panas. Ia juga disebabkan oleh motor sudah rosak - perlu rehatkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum meneruskan basuhan yang berikutnya ataupun perlu tukar motor baru..
Jika memerlukan perkhidmatan pembaikian Mesin Basuh muatan atas sahaja, sila hubungi :
Jaafar
0129664508 call/whatsapp/sms
Perkhidmatan saya lakukan terus di rumah tanpa perlu di bawa ke kedai
Sekitar :
Sg besi, cheras, ampang, sri kembangan, serdang, sri petaling, balakong, kajang & berhampiran dengannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan