1- Masalah peti sejuk hanya membeku di ruang pembekuan & tidak sejuk di ruang penyejukan..
>masalah ini kebiasaanya disebabkan oleh terhasilnya ketulan ais di bahagian coil penyejukan & menghalang dari udara sejuk pergi ke bahagian penyejukan. Ia berpunca dari termostat atau sensor, timer atau board, ataupun heater telah rosak..
2- Masalah peti Sejuk lambat membeku & tidak sejuk di ruang penyejukan..
>masalah ini kebiasaanya disebabkan oleh kipas atau suis pintu atau termostat/sensor atau timer/board telah rosak. Selain itu, gas sumbat di cooling coil juga boleh terjadi, kebiasaanya disebabkan baru pindah rumah terus di hidupkan atau selalu hidup & matikan suis peti sejuk. Ia juga disebabkan oleh pemampat telah over heating..
3-masalah peti sejuk langsung tidak sejuk tetapi kipas di ruang pembekuan berpusing..
>masalah ini kebiasaanya disebabkan oleh pemampat tidak berfungsi, biasanya disebabkan geganti pada pemampat telah rosak ataupun atau gas bocor. Ia juga boleh disebabkan pemampat telah over heating..
4-masalah pintu tidak boleh ditutup..
>kebiasaanya masalah ini disebabkan oleh getah pada peti sejuk telah keras atau rosak. Masalah ini boleh menyebabkan terjadinya masalah no 1 & 2 seperti di atas..
5-masalah peti sejuk apabila di hidupkan, tetapi langsung tidak berfungsi..
>kebiasaanya masalah ini disebabkan oleh tiada bekalan kuasa atau fius telah putus..
6-masalah peti sejuk apabila di pasang terus trip atau black out..
>kebiasaanya masalah ini disebabkan oleh pemampat rosak atau kebocoran arus ke bumi terjadi..
Jika memerlukan bantuan perkhidmatan untuk pembaikian, sila hubungi :
Jaafar
0129664508 call/sms/whatsapp
Pembaikian terus dilakukan di rumah tanpa perlu di bawa ke kedai
Sekitar :
Sg besi, cheras, ampang, sri petaling, sri kembangan, serdang, balakong, kajang & berhampiran dengannya..
Peti sejuk toshiba
Peti sejuk samsung
Peti sejuk panasonic
Peti sejuk LG
Peti sejuk whirpool
Peti sejuk singer
Peti sejuk elba
Peti sejuk hesstar