Khamis, 7 April 2016

Masalah Peti Sejuk 2 pintu

Masalah yang selalu berlaku pada peti sejuk 2 pintu :

1- Masalah peti sejuk hanya membeku di ruang pembekuan & tidak sejuk di ruang penyejukan..
>masalah ini kebiasaanya disebabkan oleh terhasilnya ketulan ais di bahagian coil penyejukan & menghalang dari udara sejuk pergi ke bahagian penyejukan. Ia berpunca dari termostat atau sensor, timer atau board, ataupun heater telah rosak..

2- Masalah peti Sejuk lambat membeku & tidak sejuk di ruang penyejukan..
>masalah ini kebiasaanya disebabkan oleh kipas atau suis pintu atau termostat/sensor atau timer/board telah rosak. Selain itu, gas sumbat di cooling coil juga boleh terjadi, kebiasaanya disebabkan baru pindah rumah terus di hidupkan atau selalu hidup & matikan suis peti sejuk. Ia juga disebabkan oleh pemampat telah over heating..

3-masalah peti sejuk langsung tidak sejuk tetapi kipas di ruang pembekuan berpusing..
>masalah ini kebiasaanya disebabkan oleh pemampat tidak berfungsi, biasanya disebabkan geganti pada pemampat telah rosak ataupun  atau gas bocor. Ia juga boleh disebabkan pemampat telah over heating..

4-masalah pintu tidak boleh ditutup..
>kebiasaanya masalah ini disebabkan oleh getah pada peti sejuk telah keras atau rosak. Masalah ini boleh menyebabkan terjadinya masalah no 1 & 2 seperti di atas..

5-masalah peti sejuk apabila di hidupkan, tetapi langsung tidak berfungsi..
>kebiasaanya masalah ini disebabkan oleh tiada bekalan kuasa atau fius telah putus..

6-masalah peti sejuk apabila di pasang terus trip atau black out..
>kebiasaanya masalah ini disebabkan oleh pemampat rosak atau kebocoran arus ke bumi terjadi..

Jika memerlukan bantuan perkhidmatan untuk pembaikian, sila hubungi : 
Jaafar
0129664508 call/sms/whatsapp

Pembaikian terus dilakukan di rumah tanpa perlu di bawa ke kedai

Sekitar :
Sg besi, cheras, ampang, sri petaling, sri kembangan, serdang, balakong, kajang & berhampiran dengannya..

Peti sejuk toshiba
Peti sejuk samsung
Peti sejuk panasonic
Peti sejuk LG
Peti sejuk whirpool
Peti sejuk singer
Peti sejuk elba
Peti sejuk hesstar

Masalah alarm atau error code untuk mesin basuh samsung

Mesin basuh samsung keluar alarm atau error code (kebiasaanya mesin basuh yang sudah lama)

5E
Mesin basuh tidak boleh mengeluarkan air, kebiasaanya disebabkan hos air keluar sumbat atau motor penarik air keluar rosak - pastikan tiada yang menghalang daripada air keluar dari mesin basuh ataupun perlu tukar motor penarik air keluar

4E @ NF
kebiasaanya disebabkan kemasukan air terlalu lama, ia berpunca dari penapis injap air masuk sumbat atau tekanan air perlahan atau injap air masuk rosak ataupun board rosak - pastikan penapis injap air masuk dibersihkan atau tukar injap air masuk atau board. Bagi mendapatkan tekanan air mencukupi, perlu pemasangan pump di bekalan air..

dE
Kebiasaanya berpunca dari sensor pintu telah rosak - perlu bypass sensor

UE @ DC
Kebiasaanya disebabkan baju tidak balance ataupun penyerap gegaran sudah lembut - perlu tukar penyerap gegaran atau bypass sensor..

3E
Kebiasaanya disebabkan motor mesin basuh telah panas - perlu rehatkan mesin basuh sekurang-kurangnya 1 jam sebelum hendak membasuh yang berikutnya

bE
Kebiasaan motor mesin basuh telah rosak atau pendawaian ke motor rosak ataupun board telah rosak - perlu pastikan yang mana rosak diperbaiki atau ganti yang baru

OE
Kebiasaanya disebabkan injap masuk air telah rosak atau pressure sensor telah rosak menyebabkan air terlebih isi - pastikan yang mana rosak & ganti..

IE
Kebiasaanya disebabkan oleh pressure sensor atau board telah rosak - pastikan yang mana rosak & ganti..

Jika memerlukan bantuan perkhidmatan pembaikian mesin basuh muatan atas, sila hubungi:
Jaafar
0129664508 call/sms/whatsapp

Sekitar :
Sg besi, cheras, ampang, sri petaling, sri kembangan, serdang, balakong, kajang & berdekatan denganya

Alarm atau Error Code untuk Mesin Basuh LG

Masalah mesin basuh LG keluar alarm/error :
1>PE - kebiasaanya berkait dengan Pressure Sensor rosak ataupun board rosak - perlu tukar Pressure Sensor Baru atau board baru..

2>DE @ DL- Kebiasaanya berkait dengan masalah Door Sensor - boleh diperbaiki dengan bypass sensor..

3>OE - Kebiasaanya berkait dengan hos air keluar sumbat menyebabkan air keluar perlahan ataupun motor penarik air keluar rosak - pastikan tiada benda yang menghalang dari air keluar terus dari mesin basuh atau tukar motor penarik ataupun board baru..

4>IE - kebiasaanya penapis air masuk sumbat atau injap masukan air rosak - perlu servis ataupun tukar baru (jika tekanan air perlahan boleh pasang pump di bekalan air bagi meningkatkan tekanan air)..

5>FE - kebiasaanya injap masukan sudah tidak dapat menghentikan kemasukan air ke dalam mesin basuh - perlu tukar injap masukan..

6>uE - kebiasaanya disebabkan pakaian yang dibasuh tidak balance, kebiasaanya mesin basuh akan berhenti dari rinse atau spin & air akan masuk ke dalam mesin basuh, ini menyebabkan kita sangkakan mesin tidak boleh mengeringkan pakaian. Ia juga disebabkan oleh penyerap gegaran telah lembut - boleh diperbaiki dengan menukar penyerap gegaran atau bypass sensor..

7>LE - kebiasaanya disebabkan oleh penggunaan mesin basuh tanpa henti, ini menyebabkan motor menjadi panas. Ia juga disebabkan oleh motor sudah rosak - perlu rehatkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum meneruskan basuhan yang berikutnya ataupun perlu tukar motor baru..

Jika memerlukan perkhidmatan pembaikian Mesin Basuh muatan atas sahaja, sila hubungi :
Jaafar
0129664508 call/whatsapp/sms

Perkhidmatan saya lakukan terus di rumah tanpa perlu di bawa ke kedai

Sekitar :
Sg besi, cheras, ampang, sri kembangan, serdang, sri petaling, balakong, kajang & berhampiran dengannya

Isnin, 1 Februari 2016

Mesin Basuh LG masalah Sensor

Mesin Basuh LG masalah Sensor

Masalah yang kerap terjadi pada Mesin Basuh LG.

Untuk Pertanyaan & Pembaikian Sila hubungi : Jaafar
0129664508 Whatsapp/call/sms
0132380685 Call/sms

Perkhidmatan Sekitar :
Kajang, Bangi, Semenyih, Ampang, Cheras, Seri Kembangan, Serdang, Sungai Besi, Balakong & Berdekatan Dengannya..

Sabtu, 23 Januari 2016

Masalah Mesin Basuh


Masalah Mesin Basuh : 
1.Alarm/Error selalu terjadi pada mesin basuh.. Kebiasaanya berpunca Dari Sensor.. Seperti alarm/error LE..

2.Bila wash atau spin bunyi bising, Kebiasaanya berpunca dari gear box rosak(sebab boleh rosak selalu berpunca dari basuhan muatan lebih) Atau ada benda asing seperti duit siling ataupun pin baju sangkut di dalam mesin basuh..

3.masalah Air tidak masuk ke dalam mesin basuh, biasa berpunca dari injap masukan mesin basuh dah rosak ataupun papan litar utama dan injap masukan mesin basuh sudah rosak..

4.Masalah air tidak boleh keluar dari mesin basuh selepas washing, biasa disebabkan oleh motor injap keluar rosak atau injap keluar sumbat..

5.Masalah papan litar mesin rosak, biasanya disebabkan oleh kerap membasuh pada sela masa yang singkat ataupun ada komponen rosak menyebabkan litar pintas..

6.Masalah pusingan tidak kuat, kebiasaanya disebabkan oleh gearbox sudah hampir jammed, belting dah rosak ataupun berpunca dari motor..

7.bergegar ketita spin, disebabkan oleh exsorber dah lembut..

Hubungi : Jaafar
0129664508
0132380685

Isnin, 18 Januari 2016

Baiki Mesin Basuh & Peti Sejuk

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Saya menyediakan perkhidmatan membaiki mesin basuh muatan atas & peti sejuk 2 pintu terus di rumah anda & mengikut kesesuaian masa anda.. 

>Sila hubungi saya jika mesin basuh anda mengalami masalah :
1-air tidak keluar dari mesin basuh
2-air tidak masuk ke dalam mesin basuh
3-air masuk ke dalam tidak berhenti
4-air keluar dari mesin basuh tidak berhenti
5-air keluar atau masuk perlahan - lahan
6-tidak boleh wash atau rinse atau spin
7-bunyi bising di waktu pengeringan
8-basuhan tidak bersih atau kurang kuat daya pusingan

>Jika peti sejuk anda mengalami masalah : 
1- tidak membeku di ruang pembekuan (hanya Sejuk) & tidak sejuk di ruang penyejukan

Hubungi :
0129664508 whatsap/sms/call
0132380685 call/sms

Perkhidmatan saya, sekitar :
Kajang, bangi, semenyih, seri kembangan, serdang, sungai besi, balakong, ampang, cheras dan berhampiran dengannya..
Akaun fb saya : https://www.facebook.com/jaafartech/